Perjalanan hidupnya dari zaman kanak-kanak sehingga meningkat dewasa serta sesudah dimartabatkan sebagai Rasul, beliau terkenal sebagai seorang yang jujur, berbudu luhur dan meiliki keperibadian yang tinggi. Tiada satu pun perbuatan atau tingkah lakunya yang tercela dapat dilemparkan kapada beliau. Tingkah laku dan perbuatannya amat berlainan sekali dengan kebanyakkan pemua-pemuda dan penduduk kota Mekah yang pada umumnya gemar berfoya-foya dan dimabuk oleh minuman keras. Berkat kejurannya dalam berata-kata seperti perbuatan, beliau diberi gelaran sebagai "Al-Amin" yang bererti insan orang yang amat dipercayai.
Ahli sejarah menyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah menyembah berhala, semenjak dari kecil sehingga dewasa. Beliau juga tidak pernah pula memakan daging aiwan yang disembelih untuk tujuan korban berhala sebagaimana lazimnya dilakukan masyarakat Arab Jahiliah ketika itu. Beliau sangat membenci berhala dan menjauhkan diri daripada majlis keramaian dan upacara pemujaan berhala.
Beliau berusaha sendiri untuk mencari nafkah, kerana orang tuanya tidak meninggalkan harta warisan yang mencukupi. Setelah beliau menikahi Siti Kadijah, beliau melakukan perkongsian bersama isterinya serta orang laur dalam urusan perdagangan. Sebagai seorang insan yang bakal memikul tanggungjawab sebagai pembimbing seluhur umat manusia, Nabi Muhammad s.a.w. memilik bakat dan kemampan jiwa yang besar. Beliau merupakan seorang yang cergas berfikr, memiliki ketajaman otak, kehalusan perasaan, kekuatan ingatan, tanggapan yang cekap, serta tegu dalam pendirian. Segala pengalaman dalam hidup baginda mempunyai pengolahan yang sempurna jauh di sudut hatinya.
Beliau mengetahui babak-babak sejarah negerinya, keadilan bermasyarakat dan keturunan agama bangsanya. Pemandangan itu tidak dapat hilang dari fikirannya. Beliau mula menyiapkan dirinya (bertapa) untuk mendapatkan pemutusan jiwa yang lebih sempurna. Lokasi yang dipilih untuk tujuan bertapa ialah sebuah gua kecil yang dikenali sebagai " Hira". Ianya terletak pada sebuah bukit yang bernama " Jabal Nur" (Bukit Cahaya) berkedudukan kira-kira dua atau tiga kilometer di bahagian sebelah utara kota Mekah.
Nabi Muhammad s.a.w. dengan daya fikiran yang jernih berusaha merenungkan pencipta alam semesta ini. Namun sebelum kebinasaannya beliau tidak sampai kepada hakikat penciptaannya. Sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran bermaksud:
"Dan begitulah telah kami wayukan kepada suatu Ro (Al-Quran) dari perimtah kami, kamu perna mengetahui apakah kitab dan apaka iman."
(As. Syura' : 52)
Firman-Nya yang lain bermaksud:
"Dan Dia kamu dapati dalam kebingungan, lalu dia duberi hidayah (kenabian)."
(Ad-Dhuha: 7)
@!^@ #U$^@