Tuesday, 3 June 2014

Kumpulkan Satu Per Satu Bulu Ayam Itu!


     ADA seorang wanita. Namanya Hasnah. Suatu hari, Hasnah mengumpat tentang keburukan salah seorang jirannya. Sekelip mata, cerita itu tersebar. Semua orang bercerita tentang perkara yang dimulakan Hasnah tadi. Jiran yang menjadi mangsa umpatan Hasnah pula berasa malu sedangkan cerita Hasnah itu tidak benar sama sekali. Walaupun begitu, si jiran tadi tetap bersabar dan berdoa agar Allah menunjukkan kebenarannya.

     Seminggu kemudian, baru Hasnah sedar ceritan yang dibawnyaa itu ternyata tidak benar. Hasnah menyesal. Mulanya dia mahu meminta maaf, tetapi sebab takut dan malu, Hasnah batalkan niat dia itu. Puas berfikir, Hasnah mengambil keputusan untuk berjumpa seorang alim ulama di kampungnya. Apa yang berlaku, diceritakan satu per satu. Niat Hasnah mahu mendapatkan nasihat bagi memperbetulkan kembali kesilapannya.

     "Pergilah ke pasar. Beli seekor ayam yang sudah disembelih tapi bulunya masih belum dicabut. Ketika pulang, cabut dan buanglah satu per satu bulu ayam itu di sepanjang jalan yang kamu lalui," arah ulama tersebut. Hasnah berasa pelik, tetapi tidak berani membantah. Esoknya, Hasnah lakukan seperti yang disuruh. Selesai semuanya, Hasnah bergegas berjumpa ulama itu semula.

      "Sekarang, lalu semula di jalan tadi. Kumpulkan satu per satu bulu ayam yang kamu buang tadi. Selepas itu, bawa kembali kepada aku," arahnya lagi. Tanpa membantah, Hasnah menyusuri semula jalan yang sama untuk memungut bulu ayam yang dibuangnya. Tapi, Hasnah gagal. Dia hanya dapat pungut lima pelepah saja kerana yang lain sudah terbang dibawa angin dan hilang entah ke mana.

     Bila kembali semula berjumpa dengan ulama tadi, Hasnah mengadu tentang kegagalannya mengumpul kesemua bulu ayam tersebut. Jawab ulama itu, "lihatlah, sangat mudah untuk melemparkan sesuatu dengan banyak, tetapi tidak mungkin kita boleh mengumpulnya semula dengan jumlah yang cukup. Begitu juga dengan fitnah atau cerita yang belum tentu kesahihannya. Sangat mudah untuk kita menyebarkannya. Namun, sekali fitnah itu tersebar, sukar untuk kita perbaiki kebenarannya."




         
          INGATLAH, PERBUATAN
                                FITNAH ITU LEBIH
                                               BERDOSA DARIPADA MEMBUNUH!!!!!


DITERBITKAN OLEH

^UR  @!^@  #U$^@