Thursday, 26 December 2013

Tergelincir Dari Pintu Syurga


     Jangan menyangka apabila kita sudah melakukan semua jalan menuju ke syurga, syaitan hanya akan berdiam diri. Namun, ia pasti berusaha memesongkan langkah kita dari jalan-jalan syurga.

      Pelbagai teknik dan cara dilakukan syaitan; jika tidak berjaya dengan cara kasar, maka ia akan melakukannya dengan cara lembut.

     Salah satu cara syaitan adalah dengan membisikkan kepuasan dalam diri manusia, iaitu perasaan diri telah suci dan cukup dalam ibadahnya. Lalu, seseorang berasa sudah cukup layak menjadi ahli syurga yang satu-satunya di muka bumi ini. Perasaan seperti ini disebut ujub dan ia dapat menghapuskan amal soleh kita.

     Para solihin tidak mudah tertipu dengannya. Hanya orang yang jahil sering tertipu dengannya. Seseorang berkata kepada al-'Ala' bin Ziyad: "Semalam aku bermimpi seolah-olah sedang melihatmu di dalam syurga." Al-'Ala' menjawab: "Celaka engkau. Tidakkah syaitan menemui orang lain untuk ditipu selain dirimu dan diriku?"

     Justeru, tawaduk mesti selalu berada di dalam hati. Jangan sekali-kali berasa diri sendiri sudah baik dan suci, lalu mendorong kita menghukum orang lain mengikut kemahuan kita. Tawaduk dan merendah diri merupakan sifat  utama bagi ahli syurga. Orang yang angkuh dan sombong tidak akan masuk syurga walaupun amalannya sebesar atau setinggi gunung. 

     Rasullah  s.a.w. bersabda, maksudnya:"Tidak akan masuk syurga bagi orang yang terdapat padanya sebesar zarah (biji sawi) kesombongan." (Riwayat Muslim)

 

     ^UR  @!^@  #U$^@

Tuesday, 24 December 2013

Kerana Sebatang Pen...


     Jika kita meneliti sikap para ulama berkenaan hutang, kita akan melihat sikap warak yang sangat tinggi dalam diri mereka. Mereka ialah orang yang paling sedar akan bahaya hutang dan sangat mengambil berat dan perkara ini. Salah seorang daripada ulama tersebut ialah Imam Abdullah bin al-Mubarak (W.181H).Sejak usia mudanya, Ibn al-Mubaraksangat rajin menuntut ilmu. Beliau sering kali berpindah ke pelbagai negeri untuk berjumpa para ulama dan menulis hadis-hadis mereka.

     Suatu ketika, dalam sebuah majlis ilmu di Syam, pen yang beliau gunakan untuk menulis telah rosak. Lalu, beliau meminjam sebatang pen daripada seorang pelajar lain yang duduk bersebelahan dengannya. Setelah majlis berakhir, Ibn al-Mubarak bangkit untuk meneruskan perjalanannya ke Mesir. Kerana agak tergesa-gesa, beliau terlupa mengembalikan pen yang dipinjam itu kepada pemiliknya. Beliau hanya teringat setelah tiba di Mesir.

     Menyedari beliau telah mengambil hak seseorang tanpa izin, Ibn al- Mubarak segera kembali ke Syam. Padahal perjalanan dari Syam ke Mesir sanagt jauh dan perlu melintasi lautan. Setibanya di Syam, beliau segera mencari pemilik pen tersebut dan mengembalikannya. Demikianlah sifat warak Ibn al-Mubarak. Beliau sedar bahawa barang pinjaman yang bukan miliknya boleh menghalanginya daripada memasuki syurga. Justeru, beliau bersegera mengembalikannya walaupun perlu mwrentas perjalanan yang begitu jauh.

                                                             written by  @!^@ #US^@

Monday, 23 December 2013

Dosa Dengan Allah Dan Manusia


Dosa Dengan Allah

     1. Menyekutukan Allah  s.w.t. dengan mana-mana makhluk (syirik). Mereka berharap dengan manusia
         dan wang. Mereka lupa kepada Allah yang memberi rezeki.

     2. Meninggalkan solat fardhu. Terdapat remaja malah orang dewasa yang tidak mengenal sejadah, apatah
         lagi masjid. Kalau sudah bekerja dan mendapat pendapatan sendiri, solat titinggalkan sedikit demi 
         sedikit sehingga akhirnya terlupa semua bacaannya.

     3. Tidak membayar zakat. Ahli perniagaan yang mengaut keuntungan berganda-ganda tidak pernah 
         terfikir untuk mengeluarkan zakat mahupun menderma kepada orang miskin. Bagi mereka, cukuplah
         zakat fitrah yang dikeluarkan setiap tahun sebelum Syawal.

     4. Zina. Ia bukan sahaja berlaku dalam kalangan remaja, malah orang tua juga. Perbuatan ini sudah 
         pastinya daripada cabang dosa besar.

     5. Homoseksual yang berlaku dalam masyarakat kita tanpa kawalan. Mereka tahu perbuatan ini 
         songsang dan salah, tetapi tetap melakukannya.


Dosa Dengan Manusia   

     1. Menggunakan sihir untuk menjatuhkan orang lain. Kini, masih terdapat umat Islam yang mengamalkan 
         sihir terutama peniaga atau pasangan suami isteri.

     2. Menderhakai ibu bapa. Sejak remaja lagi sudah tahun melawan ibu bapa, apatah lagi apabila hendak 
         berkahwin terlupa untuk mengambil pandangan ibu bapa. Hakikatnya mereka menderhaka kepada 
         ibu bapa tanpa sedar.

     3. Memutuskan silaturahim. Antara adik beradik sudah ada yang tidak bertegur sapa hanya mungkin
         kerana sedikit salah faham.

     4. Tidak menunaikan hak suami, isteri dan anak. Suami atau ayah menyalahgunakan harta yang ada untuk 
         perkara yang haram. Begitu juga kepada isteri dan ibu yang tidak menunaikan tanggungjawab untuk 
         keluarganya.

     5. Mengabaikan jiran.Membiarkan jiran kelaparan sedangkan dirinya kekenyangan. Inilah perkara lazim
         dalam kehidupan masyarakat kita.

 

                          U-Turn 
                                la ke 
                                    pangkal
                                         jalan
                                 writing by: ^UR  @!^@  #u$^@                               
 
        

Tuesday, 10 December 2013

Hukum Selawat Atas Nabi Dalam Tasyahud Akhir


     Para ulama berbeza ijtihad dalam menentukan hukum berselawat atas 
Nabi s.a.w. dan keluarga Baginda 
(selawat ibrahimiyyah)


 Mazhab Hanafi dan Maliki
Selawat atas Nabi s.a.w. dan keluarganya adalah sunat semata-mata.
(Al-Dur al-Mukhtar,jil 1, hlm 478)
Imam al-Shawkani pula mengatakan bahawa tiada sebarang dalil yang kuat di sisinya yang menunjukkan kewajipannya. Sedangkan Nabi s.a.w. ketika mengajar seorang lelaki yang buruk solatnya tidak langsung menyebut tentang becaan salawat atasnya dan Nabi bersabda selepas itu, maksudnya:
"Jika kamu buat perkar tadi (pergerakan solat yang diajar tadi), maka telah sempurna solatmu."
(Nayl al-Awtar, jil. 2, hlm. 288)


Mazhab Syafi'i dan Hanbali
 Wajib selawat atas Nabi s.a.w. selepas tasyahud akhir. Adapun, selawat ibrahimiyyah sunnah di sisi mazhab Syafi'i dan wajib di sisi mazhab Hanbali.
(Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 173)
Imam al-Syafi'i berpandangan tasyahud sahaja yang wajib manakala selawat adalah sunat dalam tasyahud akhir. (Al-Um, hlm. 92)
Bagi menggandakan usaha untuk memperoleh kebaikan dan kesempurnaan dalam solat, tiada keraguan lagi akan adanya keperluan dan kebaikan untuk berselawat atas Nabi s.a.w. dan juga keluarga Baginda dengan selawat ibrahimiyyah.

 

        
    writing by: ^UR @!^@ #U$^@

Thursday, 28 November 2013

Bersin Yang Disukai Allah ^_^


     Siapa  yang  tidak  pernah  bersin? 
Mustahil  tidak  pernah. 
Namun, pernahkah  kita   mengambil  tahu  tentangnya? 
Ramai  orang  menganggap  bersin  dan  menguap  sama  sahaja.

    
Bersin  Yang  Disukai  Allah


1. Ucapan  Alhamdulillah

Nabi  s.a.w.  berpesan  lagi, maksudnya:
"Apabila  salah  seseorang  antara  kamu  bersin, maka  hendaklah  dia  mengucapkan  'alhamdulillah.'" (Riwayat  al-Bukhari)
Ya, kita  perlu  bersyukur  kepada  Allah  kerana  dapat  melakukan  sesuatu  yang  Allah  suka.
Tambahan  pula, kita  perlu  bersyukur  kerana  dapat  bersin. Bersin  bukan  sebarangan  nikmat  kerana  terdapat  kajian  yang  telah  membuktikan  bahawa  proses  bersin  amat  bermanfaat  kepada  seseorang.
Bersin  berfungsi  mengeluarkan  banyak  virus  dan  bakteria  yang  hendak  memasuki  dan  merosakkan  badan  kita. Alhamdulillah!


2. Tutup  mulut, perlahankan  suara

Seorang  sahabat  Nabi  s.a.w.  menceritakan:
"Apabila  Rasullah  s.a.w.  hendak  bersin, Baginda  meletakkan  tangannya  atau  kain  bajunya  ke  mulutnya (untuk  menutup  mulut) sambil  perlahankan  suaranya (bunyi  bersin)."  
(Riwayat  Abu  Daud)
Indahnya  perilaku  Rasullah  s.a.w.  dan  cukup  menyenangkan  sekali. Namun, apa  agaknya  perasaan  Baginda  jika  melihat  gelagat  umat  kesayangannya  hari  ini  bersin? Ada  yang  bersin  dan  tersembur-sembur. Ada  pula  yang sengaja  membesarkan  "volume" suara  ketika  bersin. Ada  juga  yang  sengaja  mereka-reka  bunyi  "achoo" dengan  cara  tersendiri. Kononnya  semua  itu  sebagai  self-identity.

3. Doakan  saudara  kita

Selanjutnya, Rasullah  s.a.w.  berpesan   yang  bermaksud:
"Apabila  ada  seseorang  diantara  kamu  yang  bersin  lalu  dia  mengucapkan  'alhamdulillah', maka  tasmitkan  dia, yakni  mengucapkan  'yarhammukamallah' (semoga  Allah  merahmatimu). Tetapi, jika  dia  tidak  mengucapkan  'alhamdulillah', maka  janganlah  kamu  mendoakannya." (Riwayat  Muslim)
Maha  Baiknya  Allah  tawarkan  daripada  bersin. Dia  juga  bersedia  pula  menyebarkan  rahmat-Nya  buat  kita  yang  bersin  ini. Cukup  mudah  caranya;
Saudara  kita  hendaklah  mendoakan  yarhamukallah. Tetapi  dengan  syarat, kita  hendaklah  mengucapkan  alhamdulillah  terlebih  dahulu.


 


                 Bersin,
                     Jadikanlah  Ia
                            Berpahala

                                                                  writing  by :  ^UR  @!^@  #U$^@    ^_^

Monday, 21 October 2013

Akhlak Nabi Muammad s.a.w.


   Perjalanan  hidupnya  dari  zaman  kanak-kanak  sehingga  meningkat  dewasa  serta  sesudah  dimartabatkan  sebagai  Rasul, beliau  terkenal  sebagai  seorang  yang  jujur, berbudu  luhur  dan  meiliki  keperibadian  yang  tinggi. Tiada  satu  pun  perbuatan  atau  tingkah  lakunya  yang  tercela  dapat  dilemparkan  kapada  beliau. Tingkah  laku  dan  perbuatannya  amat  berlainan  sekali  dengan  kebanyakkan pemua-pemuda  dan  penduduk  kota  Mekah  yang  pada  umumnya  gemar  berfoya-foya  dan  dimabuk  oleh  minuman  keras. Berkat  kejurannya  dalam  berata-kata  seperti  perbuatan, beliau  diberi  gelaran  sebagai "Al-Amin" yang  bererti  insan  orang  yang  amat  dipercayai.


   Ahli  sejarah  menyatakan  bahawa  Nabi  Muhammad s.a.w. tidak  pernah  menyembah  berhala, semenjak  dari  kecil  sehingga  dewasa. Beliau  juga  tidak  pernah  pula  memakan  daging  aiwan  yang  disembelih  untuk  tujuan  korban  berhala  sebagaimana  lazimnya  dilakukan  masyarakat  Arab  Jahiliah  ketika  itu. Beliau  sangat  membenci  berhala  dan  menjauhkan  diri  daripada  majlis  keramaian  dan  upacara  pemujaan  berhala.


   Beliau  berusaha  sendiri  untuk  mencari  nafkah, kerana  orang  tuanya  tidak  meninggalkan  harta  warisan  yang  mencukupi. Setelah  beliau  menikahi  Siti  Kadijah, beliau  melakukan  perkongsian  bersama  isterinya  serta  orang  laur  dalam  urusan  perdagangan. Sebagai  seorang  insan  yang  bakal  memikul  tanggungjawab  sebagai  pembimbing  seluhur  umat  manusia, Nabi  Muhammad  s.a.w.  memilik  bakat  dan  kemampan  jiwa  yang besar. Beliau  merupakan  seorang  yang  cergas  berfikr, memiliki  ketajaman  otak, kehalusan  perasaan, kekuatan  ingatan, tanggapan  yang  cekap, serta  tegu  dalam  pendirian. Segala  pengalaman  dalam  hidup  baginda  mempunyai  pengolahan  yang  sempurna  jauh  di  sudut  hatinya.


   Beliau  mengetahui  babak-babak  sejarah  negerinya, keadilan  bermasyarakat  dan  keturunan  agama  bangsanya. Pemandangan  itu  tidak  dapat  hilang  dari  fikirannya. Beliau  mula  menyiapkan  dirinya  (bertapa)  untuk  mendapatkan  pemutusan  jiwa  yang  lebih  sempurna. Lokasi  yang  dipilih  untuk  tujuan  bertapa  ialah  sebuah  gua  kecil  yang  dikenali  sebagai  " Hira". Ianya  terletak  pada  sebuah  bukit  yang  bernama " Jabal  Nur" (Bukit  Cahaya)  berkedudukan  kira-kira  dua  atau  tiga  kilometer  di  bahagian  sebelah  utara  kota  Mekah.


   Nabi  Muhammad  s.a.w.  dengan  daya  fikiran  yang  jernih  berusaha  merenungkan  pencipta  alam  semesta  ini. Namun  sebelum  kebinasaannya  beliau  tidak  sampai  kepada  hakikat  penciptaannya. Sebagaimana  yang  disyariatkan  oleh  Allah  s.w.t.  dalam  Al-Quran  bermaksud:


   "Dan  begitulah  telah  kami  wayukan  kepada  suatu  Ro (Al-Quran)  dari  perimtah  kami, kamu  perna  mengetahui  apakah  kitab  dan  apaka  iman."
                                                                                                                (As. Syura' : 52)


   Firman-Nya  yang  lain  bermaksud:
  

    "Dan  Dia  kamu  dapati  dalam  kebingungan, lalu  dia  duberi  hidayah (kenabian)."
                                                                                                            
                                                                                                                  (Ad-Dhuha: 7)


      @!^@  #U$^@