Thursday, 28 November 2013

Bersin Yang Disukai Allah ^_^


     Siapa  yang  tidak  pernah  bersin? 
Mustahil  tidak  pernah. 
Namun, pernahkah  kita   mengambil  tahu  tentangnya? 
Ramai  orang  menganggap  bersin  dan  menguap  sama  sahaja.

    
Bersin  Yang  Disukai  Allah


1. Ucapan  Alhamdulillah

Nabi  s.a.w.  berpesan  lagi, maksudnya:
"Apabila  salah  seseorang  antara  kamu  bersin, maka  hendaklah  dia  mengucapkan  'alhamdulillah.'" (Riwayat  al-Bukhari)
Ya, kita  perlu  bersyukur  kepada  Allah  kerana  dapat  melakukan  sesuatu  yang  Allah  suka.
Tambahan  pula, kita  perlu  bersyukur  kerana  dapat  bersin. Bersin  bukan  sebarangan  nikmat  kerana  terdapat  kajian  yang  telah  membuktikan  bahawa  proses  bersin  amat  bermanfaat  kepada  seseorang.
Bersin  berfungsi  mengeluarkan  banyak  virus  dan  bakteria  yang  hendak  memasuki  dan  merosakkan  badan  kita. Alhamdulillah!


2. Tutup  mulut, perlahankan  suara

Seorang  sahabat  Nabi  s.a.w.  menceritakan:
"Apabila  Rasullah  s.a.w.  hendak  bersin, Baginda  meletakkan  tangannya  atau  kain  bajunya  ke  mulutnya (untuk  menutup  mulut) sambil  perlahankan  suaranya (bunyi  bersin)."  
(Riwayat  Abu  Daud)
Indahnya  perilaku  Rasullah  s.a.w.  dan  cukup  menyenangkan  sekali. Namun, apa  agaknya  perasaan  Baginda  jika  melihat  gelagat  umat  kesayangannya  hari  ini  bersin? Ada  yang  bersin  dan  tersembur-sembur. Ada  pula  yang sengaja  membesarkan  "volume" suara  ketika  bersin. Ada  juga  yang  sengaja  mereka-reka  bunyi  "achoo" dengan  cara  tersendiri. Kononnya  semua  itu  sebagai  self-identity.

3. Doakan  saudara  kita

Selanjutnya, Rasullah  s.a.w.  berpesan   yang  bermaksud:
"Apabila  ada  seseorang  diantara  kamu  yang  bersin  lalu  dia  mengucapkan  'alhamdulillah', maka  tasmitkan  dia, yakni  mengucapkan  'yarhammukamallah' (semoga  Allah  merahmatimu). Tetapi, jika  dia  tidak  mengucapkan  'alhamdulillah', maka  janganlah  kamu  mendoakannya." (Riwayat  Muslim)
Maha  Baiknya  Allah  tawarkan  daripada  bersin. Dia  juga  bersedia  pula  menyebarkan  rahmat-Nya  buat  kita  yang  bersin  ini. Cukup  mudah  caranya;
Saudara  kita  hendaklah  mendoakan  yarhamukallah. Tetapi  dengan  syarat, kita  hendaklah  mengucapkan  alhamdulillah  terlebih  dahulu.


 


                 Bersin,
                     Jadikanlah  Ia
                            Berpahala

                                                                  writing  by :  ^UR  @!^@  #U$^@    ^_^

No comments: