Wednesday, 17 July 2013

Qabil Membunuh Habil


     Pada  zaman  dahulu  Siti  Hawa, isteri  Nabi  Adam  mempunyai  120 orang  putera-puteri. Setiap  melahirkan  pasti  kembar  yang  terdiri  dari  lelaki  dan  perempuan. Menurut  syariatnya  Nabi  Adam, putera-puterinya  itu   dijodohkan  antara  yang  satu  dengan  lainnya. Kemudian  untuk  yang  kedua  kalinya beliau  melairkan  Habil  dengan  Damina. Iklima  iaitu  adik  Qabil  mempunyai  paras  yang  cantik  sekali, sedap  dipandang  mata. Sedang  Damina  dianugerahi  oleh  Allah  paras  yang  tidak  begitu  cantik  seperti  kakaknya  Iklima.

     Maka  pada  suatu  hari  Nabi  Adam  mendapatkan  wahyu  dari  Allah s.w.t  yang  menyuruh  menjodohkan  anaknya  secara  berselang-seli. Jadi  Qabil  harus  dijodohkan  dengan  Damina, Habil  dijodohkan  dengan  Iklima. Nabi  Adam  menyampaikan  wahyu  ini  kepada  anak-anaknya.

     "Bapak," kata  Qabil, "Saya  tidak  akan  menerima  keputusan  bapak. Sayalah  yang  berhak  kahwin  dengan  Iklima, kerana  kelahirannya  bersama-sama  dengan  saya."

     "Bapak," sahut  Habil  pula  setelah  Qabil  diam. "saya  tingal  menyerah  kepada  keputusan  bapak, kerana  itulah  kehendak  Allah."

     Nabi  Adam  hanya  diam  sahaja  mendengar  jawapan  anak-anaknya. Tetapi  tiba-tiba  Qabil  berkata  lagi,

     "Tidak  bapak! Saya  tetap  tidak  setuju. Apabila  bapak  tetap  melaksanakan  keputusan  itu, bererti  bapak  memang  mencintai  Habil  dan  membenci  saya."

     Menghadapi  keputusan  anaknya  Qabil  yang  tidak  dapat  diubah  sama  sekali  ini, beliau  lalu  berkata;

     "Anakku! Sekrang  pergilah  kamu  berdua  minta  keputusan  dari  Allah, dengan  membawa  korban  sendiri-sendiri..."

     Maka  esok  peginy  keduanya  pergi  ke tempat dimana  Nabi  Adam   selalu  bersujud  kepada  Allah. Qabil  membawa  selonggok  buah-buahan  sesuai  dena   pekerjaannya  sehari-hari  sebagai  petani. Sedang  Habil  adiknya  membawa  seekor kambing  sesuai  dengan  pekerjaannya  sebagai  pengembala. Keduanya  lalu  meletakkan  kaobanya  masing-masing  di  tempat yang  sudah  tersedia.

     Tidak  lama  kemudian  turunlah  api  tanpa  asap  membakar  korbanya  Habil  tanpa  mendekati  korbannya  Qabil. Dengan  dasar  inilah  maka  Nabi  Adam  memberi  keputusan  bahawa  Habillah  yang  benar, sehingga  Habil  berhak  mengahwini  Iklima. Keputusan  ini  membuat  kedengkian  Qabil  terhadapadiknya  Habil. Maka  Qabil  akhirnya  memutuskan  untuk  membunuh  adiknya  ini. Niatnya  itu  betul-betul  dilaksanakan  sehingga  pada  suatu  saat  pada  hari  Selasa, terbunuhlah  Habil  di tangan  abangnya  sendiri.

     Sejak  peristiwa  ini  maka  mulailah  terjadinya  pembunuhan-pembunuhan   antara  sesama  manusia  kerana  wanita. Di sinilah  Qabil  selalu  mendapatkan  kutukan  kerana  dialah  yang  telah   memberi  contoh  sebagai  seorang  yang  selalu  menuruti  hawa  nafsu  syaitan.

  @!N@  #U$N@

Thursday, 11 July 2013

Sungai Yang Tunduk Atas Perintah Saiyidina Umar Ibnul Khattab



     Tatkala  negeri  Mesir  mula  ditakluki  oleh  tentera  Islam  Khalifah  Umar  Ibnul  Khattab yang  memerintah  kerajaan  Islam  ketika  itu  telah  melantik  Amru  Bin  Al As  sebagai  gabenar  di wilayah  Islam  yang  baru  itu. Amru  Bin  Al As  memang  terkenal  seorang  pahlawan  Islam  yang  berani  serta  pentadbir  yang  cekap  dan  bijaksana.

    Semasa  Amru  Bin  Al As  menjadi  gabenor  Mesir, suatu  peristiwa  yang  ganjil  telah  berlaku. Air  sungai  Nil  dikatakan  akan  berhenti  mengalir  beberapa  bulan  lagi  dan  penduduk-penduduk  Mesir  bercadang  untuk  melakukan  upacara  jahiliah  iaitu  mengorbankan  seorang  anak   gadis  yang  cantik  ke  dalam  sungai  itu. Mereka  mendesak   Amru  Bin  Al As  supaya  melakukan   upacara  itu. Amru  Bin  Al As  yang   sebagai  pemerintahan  Islam  dan  tokoh  sahabat  Rasullah  s.a.w  tentu  sekali  berkeras  tidak  mahu  melakukannya   sebab  terang  sekali  bertentangan  dengan  ajaran  Islam  yang  suci.

     Tidak  berapa  lama  kemudianair  sungai  Nil  benar-benar  mulai  kering. Oleh  kerana  pertanian  di negeri  Mesir  itu  bergantung  kepada  air  sungai  tersebut, penduduk-penduduk  pun  menjadi  semakin  cemas. Ada sebahagian  mereka  terpaksa  berpindahke  kawasan  tanah  lain  yamg  lebih  subur.

     Keadaan  ini  akhirnya  memaksa  Amru  Bin  Al As  menulis   surat  kepada  Khalifah  Umar  Ibnul  Khattab  di  Madinah  untuk  meminta  pandangannya, apa  yang  harus  dilakukan. Amru  Bin  Al As  sendiri  merasa  serba  salah  tentang  bagaimana  hendak  menyelesaikan  masalah  yang  dihadapinya  itu. Tidak  lama  kemudian  Saiyidina  Umar  Ibnul  Khattab  pun  mengirim  jawapannya  melalui  sepucuk  surat.

     Tetapi  apakala  surat  itu  sampai  ketangan  Amru  Bin  Al As  gabenor  Mesir  itu  didapati  surat  itu  tidak  ditunjukkan  kepadanya  bahkan  kepada  sungai  Nil  itu  sendiri. Sebelum  Amru  Bin   Al As  mencampakkan  surat  itu  kedalam  sungai  Nil  yang  hampir  kekeringan  itu  ia  sempat  juga  membaca  isi  surat  yang  berbunyi  kira-kira  demikian:

    "Surat  ini  dikirimkan  kepada  sungai  Nil  oleh  Umar, hamba  Allah  dan  Amirul  Mukminin.

     "Wahai  Sungai  Nil! Jika  air  yang  mengalir  di  sungai  ini  adalah  atas  kuasamu  maka  ketahuilah  bahawa  kami  tidak  memerlukan  kau, tetapi  jika  ianya  mangalir  di  atas  kekuasaan  Allah  s.w.t  maka  kepadaNYA  kami  pohonkan  agar mengalirkan  air  di  sungai  ini."

     Demi  setelah  surat  itu  Gabenor  Amru  campakkan  ke  dalam   sungai  tersebut, adalah  diriwayatkan  bahawa  sungai  itu  pun  dipenuhi  semula  oleh  air  sedalam  48 kaki  pada malam  itu. Sememnjak  hari  itu  lenyaplah  amalan-amalan  jahiliah  yang  lama  lagi  karut  itu  di  kalangan  penduduk  Mesir.

 @!N@  #U$N@