Wednesday, 17 July 2013
Qabil Membunuh Habil
Pada zaman dahulu Siti Hawa, isteri Nabi Adam mempunyai 120 orang putera-puteri. Setiap melahirkan pasti kembar yang terdiri dari lelaki dan perempuan. Menurut syariatnya Nabi Adam, putera-puterinya itu dijodohkan antara yang satu dengan lainnya. Kemudian untuk yang kedua kalinya beliau melairkan Habil dengan Damina. Iklima iaitu adik Qabil mempunyai paras yang cantik sekali, sedap dipandang mata. Sedang Damina dianugerahi oleh Allah paras yang tidak begitu cantik seperti kakaknya Iklima.
Maka pada suatu hari Nabi Adam mendapatkan wahyu dari Allah s.w.t yang menyuruh menjodohkan anaknya secara berselang-seli. Jadi Qabil harus dijodohkan dengan Damina, Habil dijodohkan dengan Iklima. Nabi Adam menyampaikan wahyu ini kepada anak-anaknya.
"Bapak," kata Qabil, "Saya tidak akan menerima keputusan bapak. Sayalah yang berhak kahwin dengan Iklima, kerana kelahirannya bersama-sama dengan saya."
"Bapak," sahut Habil pula setelah Qabil diam. "saya tingal menyerah kepada keputusan bapak, kerana itulah kehendak Allah."
Nabi Adam hanya diam sahaja mendengar jawapan anak-anaknya. Tetapi tiba-tiba Qabil berkata lagi,
"Tidak bapak! Saya tetap tidak setuju. Apabila bapak tetap melaksanakan keputusan itu, bererti bapak memang mencintai Habil dan membenci saya."
Menghadapi keputusan anaknya Qabil yang tidak dapat diubah sama sekali ini, beliau lalu berkata;
"Anakku! Sekrang pergilah kamu berdua minta keputusan dari Allah, dengan membawa korban sendiri-sendiri..."
Maka esok peginy keduanya pergi ke tempat dimana Nabi Adam selalu bersujud kepada Allah. Qabil membawa selonggok buah-buahan sesuai dena pekerjaannya sehari-hari sebagai petani. Sedang Habil adiknya membawa seekor kambing sesuai dengan pekerjaannya sebagai pengembala. Keduanya lalu meletakkan kaobanya masing-masing di tempat yang sudah tersedia.
Tidak lama kemudian turunlah api tanpa asap membakar korbanya Habil tanpa mendekati korbannya Qabil. Dengan dasar inilah maka Nabi Adam memberi keputusan bahawa Habillah yang benar, sehingga Habil berhak mengahwini Iklima. Keputusan ini membuat kedengkian Qabil terhadapadiknya Habil. Maka Qabil akhirnya memutuskan untuk membunuh adiknya ini. Niatnya itu betul-betul dilaksanakan sehingga pada suatu saat pada hari Selasa, terbunuhlah Habil di tangan abangnya sendiri.
Sejak peristiwa ini maka mulailah terjadinya pembunuhan-pembunuhan antara sesama manusia kerana wanita. Di sinilah Qabil selalu mendapatkan kutukan kerana dialah yang telah memberi contoh sebagai seorang yang selalu menuruti hawa nafsu syaitan.
@!N@ #U$N@
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Post a Comment