Siapa yang tidak pernah bersin?
Mustahil tidak pernah.
Namun, pernahkah kita mengambil tahu tentangnya?
Ramai orang menganggap bersin dan menguap sama sahaja.
Bersin Yang Disukai Allah
1. Ucapan Alhamdulillah
Nabi s.a.w. berpesan lagi, maksudnya:
"Apabila salah seseorang antara kamu bersin, maka hendaklah dia mengucapkan 'alhamdulillah.'" (Riwayat al-Bukhari)
Ya, kita perlu bersyukur kepada Allah kerana dapat melakukan sesuatu yang Allah suka.
Tambahan pula, kita perlu bersyukur kerana dapat bersin. Bersin bukan sebarangan nikmat kerana terdapat kajian yang telah membuktikan bahawa proses bersin amat bermanfaat kepada seseorang.
Bersin berfungsi mengeluarkan banyak virus dan bakteria yang hendak memasuki dan merosakkan badan kita. Alhamdulillah!
2. Tutup mulut, perlahankan suara
Seorang sahabat Nabi s.a.w. menceritakan:
"Apabila Rasullah s.a.w. hendak bersin, Baginda meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya (untuk menutup mulut) sambil perlahankan suaranya (bunyi bersin)."
(Riwayat Abu Daud)
Indahnya perilaku Rasullah s.a.w. dan cukup menyenangkan sekali. Namun, apa agaknya perasaan Baginda jika melihat gelagat umat kesayangannya hari ini bersin? Ada yang bersin dan tersembur-sembur. Ada pula yang sengaja membesarkan "volume" suara ketika bersin. Ada juga yang sengaja mereka-reka bunyi "achoo" dengan cara tersendiri. Kononnya semua itu sebagai self-identity.
3. Doakan saudara kita
Selanjutnya, Rasullah s.a.w. berpesan yang bermaksud:
"Apabila ada seseorang diantara kamu yang bersin lalu dia mengucapkan 'alhamdulillah', maka tasmitkan dia, yakni mengucapkan 'yarhammukamallah' (semoga Allah merahmatimu). Tetapi, jika dia tidak mengucapkan 'alhamdulillah', maka janganlah kamu mendoakannya." (Riwayat Muslim)
Maha Baiknya Allah tawarkan daripada bersin. Dia juga bersedia pula menyebarkan rahmat-Nya buat kita yang bersin ini. Cukup mudah caranya;
Saudara kita hendaklah mendoakan yarhamukallah. Tetapi dengan syarat, kita hendaklah mengucapkan alhamdulillah terlebih dahulu.
Bersin,
Jadikanlah Ia
Berpahala
writing by : ^UR @!^@ #U$^@ ^_^