Wednesday, 19 June 2013
Peristiwa Semasa Menguruskan Jenazah Rasullah S.A.W
Apabila Rasullah s.a.w baharu sahaja wafat, adalah diriwayatkan bahawa tatkala Saiyidina Ali Bin Abu Talib meletakkan jasad Baginda di atas tempat tidurnya, tiba-tiba terdengar suatu ghaib dari sudut rumah berseru dengan nada tinggi," Jangan kamu mandikan jenazah Muhammad, kerana ia adalah orang yang suci lagi pula membawa kesucian." Saiyidina Ali bagaimanapun merasa curiga terhadap suara itu lalu bertanya:
"Siapa engkau? Bukankah Rasullah menyuruh kami mamandikannya?" Kemudian dari itu tiba-tiba terdengar pula suara ghaib yang lain yang berseru sebaliknya:
"Hai Ali! Mandikanlah beliau! Suara ghaib yang pertama itu berasal dari suara Iblis yang terkutuk kerana dengki terhadap Muhammad S.A.W. dan ia bermaksud supaya Muhammad tidak dimaksudkan kadalam liang kuburnya dalam keadaan dimandikan."
Ujar Saiyidina Ali pula:
"Semoga Allah mambalasi engkau dengan kebajikan dikala engkau telah memberitahukn bahawa suara itu berasal dari iblis. Sekarang siapkah pula sebenarnya engkau sendiri?"
"Aku adalah Khaidir! Aku datang untuk menghadiri jenazah Muhammad S.A.W. ," jawab suara itu.
Kemudian Saiyidina Ali pun mamandikan jenazah Rasullah S.A.W sedang Al Fadhal Bin Abbas dan Usamah Bin Zaid menimbakan air, dan Mlalikat Jibril datang membawa harum-harumam dari syurga. Mereka mengapan dan kuburkan Baginda di kamar rumah Siti Aisyah pada malam Rabu dan ada yang mengatakan pada malam selasa.
Demikian sedikit nukilan tentang peristiwa di saat-saat pengurusan jenazah Nabi Muhammad S.A.W.
@!N@ #U$N@
Tuesday, 18 June 2013
Sebaik-baik Rezeki Ialah Makanan Yang Halal
Saiyidina Ali Bin Abu Talib bukan sahaja terkenal sebagai seorang pahlawan yang gagah berani tetapi juga seorang yang tabah menghadapi kesusahan dan perjuangan hidup.
Pernah pada suatu ketika beliau menceritakan kisah penderitaanya manahan lapar yang tidak terperi. Makanan yang dapat menghilangkan lapar sudah kehabisan di rumahnya. Oleh itu beliau pun pergilah ke desa-desa di Madinah untuk mencari pekerjaan yang mungkin menghadilkan sedikit rezeki.
Tatkala beliau sampai di suatu desa Saiyidina Ali pun bertemu seorang wanita yang sedang hendak membasahkan batu-batanya. Beliau meminta supaya diberikan pekerjaan itu kepadanya dengan upah sebiji kurma dari setiap timba yang ditimbakan.
Sesudah cukup enam belas timba beliau timbakan, Saiyidina Ali pun melihat tangannya yang terkupas. Kerana itu beliau pun berhenti dan menghulurkan tangannya kepada wanita itu untuk memperoleh upahnya. Setelah dihitung enam belas biji kurma, beliau segera pulang kerumahnya. Setibanya di rumah Saiyidina Ali mendapati Rasullah S.A.W ada di dalamnya lalu beliau pun mencerutakan perihal dirinya itu.
Mendengar kisahnya itu Rasullah S.A.W merasa gembira sekali lalu makan bersama-sama rezeki yang halal itu dengan Saiyidina Ali. Rasullah kemudiannya bersabda: "Sebaik-vaik rezeki ialah yang diperoleh seseorang dengan jalan yang halal dan bersih."
Yakinlah
Rezeki Itu
Jaminan
Allah
@!N@ #U$N@
Saturday, 15 June 2013
Keluhuran Budi Di Medan Perang
Dizaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak puak-puak Arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerjaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.
Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh manharukan telah terjadi yang kiranya
elok dijadikan satu tauladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh tauladan yang tidak ada tolak bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam dimedan pertempuran.
Salah seorang sahabat Rasullah S.A.W bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia. Abu Jahim bercerita, demikian katanya:
"Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisn hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya ia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangatlah tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kpadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdenger seorang lagi pejuang Islam sedang mengerang sambil meneriak, "Berikanlah saya air!air!" Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mandapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.
Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, jyga memintakan air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya sampai kepada pejuang yang ketiga itelah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa hati ini saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.
Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman.
@!N@ #U$N@
Subscribe to:
Posts (Atom)