Wednesday, 19 June 2013

Peristiwa Semasa Menguruskan Jenazah Rasullah S.A.W


     Apabila  Rasullah  s.a.w  baharu  sahaja  wafat, adalah  diriwayatkan  bahawa  tatkala  Saiyidina  Ali  Bin  Abu  Talib  meletakkan  jasad  Baginda  di  atas  tempat  tidurnya,  tiba-tiba  terdengar  suatu  ghaib  dari  sudut  rumah  berseru  dengan  nada  tinggi," Jangan  kamu  mandikan  jenazah  Muhammad, kerana  ia  adalah  orang  yang  suci  lagi  pula  membawa  kesucian." Saiyidina  Ali  bagaimanapun  merasa  curiga  terhadap  suara  itu  lalu  bertanya:

     "Siapa  engkau? Bukankah  Rasullah  menyuruh  kami  mamandikannya?" Kemudian  dari  itu  tiba-tiba  terdengar  pula  suara  ghaib  yang  lain  yang  berseru  sebaliknya:

     "Hai  Ali! Mandikanlah  beliau! Suara  ghaib  yang  pertama  itu  berasal  dari  suara  Iblis  yang  terkutuk  kerana dengki  terhadap  Muhammad  S.A.W.  dan  ia  bermaksud  supaya  Muhammad  tidak  dimaksudkan  kadalam  liang  kuburnya  dalam  keadaan  dimandikan."

     Ujar  Saiyidina  Ali  pula:

     "Semoga  Allah  mambalasi  engkau  dengan  kebajikan  dikala  engkau  telah  memberitahukn  bahawa  suara  itu  berasal  dari  iblis. Sekarang  siapkah  pula  sebenarnya  engkau  sendiri?"

     "Aku  adalah  Khaidir! Aku  datang  untuk  menghadiri  jenazah  Muhammad  S.A.W. ," jawab  suara  itu.

     Kemudian  Saiyidina  Ali  pun  mamandikan  jenazah  Rasullah  S.A.W sedang  Al  Fadhal  Bin  Abbas  dan  Usamah  Bin  Zaid  menimbakan  air, dan  Mlalikat  Jibril  datang  membawa  harum-harumam  dari   syurga. Mereka  mengapan  dan  kuburkan  Baginda  di  kamar  rumah  Siti  Aisyah  pada  malam  Rabu  dan  ada  yang  mengatakan  pada  malam  selasa.

    Demikian  sedikit  nukilan  tentang  peristiwa  di  saat-saat  pengurusan  jenazah  Nabi  Muhammad  S.A.W.

   @!N@  #U$N@

No comments: