Saiyidina Ali Bin Abu Talib bukan sahaja terkenal sebagai seorang pahlawan yang gagah berani tetapi juga seorang yang tabah menghadapi kesusahan dan perjuangan hidup.
Pernah pada suatu ketika beliau menceritakan kisah penderitaanya manahan lapar yang tidak terperi. Makanan yang dapat menghilangkan lapar sudah kehabisan di rumahnya. Oleh itu beliau pun pergilah ke desa-desa di Madinah untuk mencari pekerjaan yang mungkin menghadilkan sedikit rezeki.
Tatkala beliau sampai di suatu desa Saiyidina Ali pun bertemu seorang wanita yang sedang hendak membasahkan batu-batanya. Beliau meminta supaya diberikan pekerjaan itu kepadanya dengan upah sebiji kurma dari setiap timba yang ditimbakan.
Sesudah cukup enam belas timba beliau timbakan, Saiyidina Ali pun melihat tangannya yang terkupas. Kerana itu beliau pun berhenti dan menghulurkan tangannya kepada wanita itu untuk memperoleh upahnya. Setelah dihitung enam belas biji kurma, beliau segera pulang kerumahnya. Setibanya di rumah Saiyidina Ali mendapati Rasullah S.A.W ada di dalamnya lalu beliau pun mencerutakan perihal dirinya itu.
Mendengar kisahnya itu Rasullah S.A.W merasa gembira sekali lalu makan bersama-sama rezeki yang halal itu dengan Saiyidina Ali. Rasullah kemudiannya bersabda: "Sebaik-vaik rezeki ialah yang diperoleh seseorang dengan jalan yang halal dan bersih."
Yakinlah
Rezeki Itu
Jaminan
Allah
@!N@ #U$N@
No comments:
Post a Comment