Saturday, 15 June 2013

Keluhuran Budi Di Medan Perang


     Dizaman  permulaan  bangkitnya  Agama  Islam, banyak  peperangan  telah  berlaku  antara  pihak  tentera  Islam  dengan  pihak  musyrikin. Banyak  puak-puak Arab  yang  musyrik  telah  bangkit  menentang  Kerjaan  Islam  yang  berpusat  di kota  Madinah. Salah  satu  peperangan  besar  yang  dihadapi oleh  umat  Islam  ketika  itu  ialah  Perang  Yarmuk.

     Dalam  masa  peperangan  ini  suatu  peristiwa  yang  sungguh  manharukan  telah  terjadi  yang  kiranya
elok  dijadikan  satu  tauladan  yang  indah  buat   umat  dikemudian  hari. Satu  contoh  tauladan  yang  tidak  ada  tolak   bandingnya  bagi  menunjukkan  keluhuran   budi  pejuang-pejuang  Islam  dimedan  pertempuran.

     Salah  seorang  sahabat  Rasullah S.A.W  bernama  Abu  Jahim  Bin  Huzaifah  yang  menyertai  Perang  Yarmuk  itu meriwayatkan  satu  peristiwa  tentang  pengorbanan  pejuang-pejuang  Islam  yang  berhati  mulia. Abu  Jahim  bercerita, demikian  katanya:

     "Semasa  Perang  Yarmuk  itu  saya  sedang  mencari  saudara  sepupu  saya  yang  berada  di  barisn  hadapan  sekali. Saya  bawa  bersama-sama  sedikit  air agar dapat  memberi  faedah  buat  dirinya. Tatkala  saya  menjumpainya  ia  sedang  terbaring  berlumuran  darah. Dia  mengerang  kesakitan  dan  harapan  untuknya  hidup  sangatlah  tipis  sekali. Melihat  keadaannya  itu  saya  lantas  berkejar  kpadanya  untuk  memberikan  air. Tetapi  ketika hampir  saya  memberikannya  air itu  saya  terdenger  seorang  lagi  pejuang  Islam  sedang  mengerang  sambil  meneriak, "Berikanlah  saya  air!air!" Mendengar  suaranya  itu  saudara  sepupu  saya  lantas  memberi  isyarat  agar  saya  pergi  melayani  orang  itu    lebih  dahulu  dan  memberikannya air   itu.  Maka  saya  pun  tanpa  lengah  lagi  terus  pergi  mandapatkan  orang  itu. Pejuang  itu  amat  saya  kenali, tidak  lain  adalah  Hasyim  Bin  Abilas.

     Tetapi  sebelum  sempat  saya  memberikan  air  kepada  Hasyim  saya  terdengar  suara  orang  mengerang  di  sebelahnya  pula, jyga  memintakan  air. Hasyim  pula  kali  ini  mengisyaratkan  saya  supaya  memberikan air  itu  lebih  dahulu  kepada  orang   yang  mengerang  dekatnya. Bagaimanapun  sebelum  sempat  saya  sampai  kepada  pejuang  yang  ketiga  itelah  mati  syahid. Lalu  saya  pun  bergegas  semula  kepada  Hasyim  tetapi  sedihnya  ia  juga  telah  mati  syahid. Tanpa  lengah  lagi  saya  terus  pergi  mendapatkan  saudara  sepupu  saya  itu. Sungguh  tidak  tahan   rasa  hati  ini  saya  kerana  saya  dapati  dia  juga  telah  mati  syahid.

     Demikianlah  satu  contoh  keluhuran  budi  yang  tidak  ada  bandingnya  yang  diperlihatkan  oleh  pejuang-pejuang  Islam  yang  beriman.

     @!N@  #U$N@

No comments: