Thursday, 30 May 2013

Abu Qulabah Dengan Ahli Kubur


   Pada  zaman  dahulu  di  negeri  Arab  hiduplah  seorang  saudagar  yang  kaya  raya. Hidupnya  sehari-hari  serba  cukup. Anak-anaknya  semua  dimanjakan, tiada  didik  dengan  baik. Sehari-hari 
anak-anaknya  selalu  bersenang-senang, berpoya-poya  dengan  wang.

   Pada  suatu  hari  saudagar  yang  kaya  itu  jatuh  sakit. Sudah  berkali-kali  diubatkan  tetapi  belum  sembuh  juga. Dia  dalam  keadaan  yang  payah  ini  anak-anaknya  tidak  menghiraukan  keadaaan ayahnya.
Mereka  tetap  berpoya-poya  menghamburkan  wang. Apalagi  ayahnya  sekarang  sudah  tidak  boleh  mengawal  harta  bendanya  lagi. Tentu  sahaja  ayahnya  sangat  mengambil  berat  melihat  kelakuan  anaknya. Dia  mulai  merasakan  betapa  ruginya  mempunyai  anak  yang  tidak  terdidik.

    Hatta, lama  kelamaan  sakitnya  selalu  bertambah  shingga  saudagar  yang  terkenal  kaya  itu akhirnya  mati. Harta  peninggalannya  yang  berlimpah-limpah  itu  kemudian  digunakan  oleh  anaknya  semahu-mahunya  untuk  memuaskan  hawa  nafsu.

    Pada  suatu  malam, ada  orang  yang  bernama  Abu  Qulabah  tidur  di  kuburan  dimana  saudagar  kaya  itu  dikebumikan. Di dalam  tidurnya  itu  bermimpi  melihat  kuburan  seakan-akan  terbelah  menjadi  dua. Dari  celah  belahan  itu  dia  melihat  orang  banyak  sekali  keluar. Sungguh  anih  sekali, kerana  orang-orang  yang  baru  keluar  dari  kuburan  smuanya  membawa  penyuluh. Dari  setiap  penyuluh  mengeluarkan  cahaya  yang  kemilau  menerangi  jalannya  sendiri-sendiri.

   Akan  tetapi  dari  sekian  banyak  penyuluh, ada  satu  penyuluh  yang  tidak  bercahaya. Abu  Qulabah  mengetahui  bahawa  penyuluh  yang  tidak  bercahaya  itu  adalah  kepunyaan  saudagar  kaya  yang  baru  meninggal itu. "Wahai  saudara!" seru  Abu  Qulabah  dalam  mimpinya. "Mengapa  penyuluhmu  tidak  mengeluarkan  cahaya  seperti  orang  lain?" tanya  Abu Qulabah.  "Betul, ya  Abu  Qulabah! Sesungguhnya  aku  sangat  malu  terhadap  teman-temanku  di sini. Mereka  itu  mempunyai  sanak-saudara  an  anak-anak  yang  salih. Hampir  setiap  hari  mereka  mendapat  kiriman  doa-doa  dan  sedekah  dari  keluarganya  yang  masih  hidup. Oleh  sebab  itu  layaklah  kalau  mereka  sekarang  mempunyai  penyuluh  yang  bercahaya, sebagai  pelita  di  alam  kubur  yang  gelap  ini. Sedangkan  aku  selalu  kegelapan  sehari-harinya.

   "Aku  mempunyai  anak  di dunia  tetapi  kerana dulu  aku  tidak  mempedulikan  pendidikan  mereka, sekarang  aku  dilupakan. Tidak  pernah  sama  sekali  mengirim  doa  kepadaku. Setiap  harinya  selalu  berpoya-poya  memuaskan  hawa  nafsu  merka. Harta  peninggalanku  tidak  pernah  digunakan  untul  bersedekah  kepadaku. Inilah  kelalaianku  di  dunia, sehingga hartaku  yang  banyak  itu  tidak  bermanfaat  sama  sekali  bagiku."

    Sampai  di  situlah  Abu  Qulabah  terbamgun, mengigat-ingat  mimpinya  itu Hatinya  menjadi  hiba  mengingat  nasib  saudagar  yang  malang  itu.

    Pada  keesokan  harinya, Abu Qulabah  pergi  ke  rumah  anak  saudagar  itu  untuk  mengkhabarkan  tentang  mimpinya. Setelah  mimpinya  yang  semalam  diutarakan  kepada  anak-anak  saudagar itu, dengan  rasa  haru  mereka  menyesali  perbuata  meraka  selama  ini. Mereka  berjanji  akan  mengubah  sikap  dan  akan  mendoakan  ayah  mereka  setiap  waktu.

    Berselang  beberapa  bulan  dari  mimpinya  yang  pertama  itu, Abu  Qulabah  pada   suatu  malam  bermimpi  bertemu  dengan  saudagar  itu  lagi. Klai  ini  saudagar  itu  membawa  penyuluh  yang  bersinar  cemerlang  melebihi  teman-temanya  yang  lain. Saudagar  itu  kemudian mendekatinya  lalu  mengucapkan terima  kasih  kepadanya.

     Demikianlah  pada  keesokan  harinya  Abu  Qulabah  datang  menceritakan  mimpinya  yang  kedua  kepada  anak  saudagar  tadi. Mereka  pun  kemudian  mengucapkan  terima  kasih  kepada  Abu  Qulabah  yang  telah  menyelamatkan  ayah  mereka  dari  kegelapan  di  alam  kubur.

     @!N@  #U$N@
     THANKS  ALLAH

Sunday, 19 May 2013

Kelebihan Berselawat Keatas Nabi Muhammad SAW =)


  • Sabda Rasulullah SWA :Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
  •  Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani
  •  Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
  • Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  • Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  •  Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
  • Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  •  Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
  • Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada Baginda SAW.


      -Yaya =)

Saturday, 18 May 2013

Proses Kejadian Malam dan Siang =)

Kejadian malam dan siang juga termasuk dalam sunnatullah . Kejadian malam dan siang terjadi disebabkan bumi yang berputar di atas paksinya .Bumi berputar di atas paksinya selama 24 jam untuk membuat satu putaran . Semasa berputar,kawasan yang menerima cahaya matahari mengalami siang manakala kawasan yang tidak menerima cahaya matahari menjadi malam .

Kejadian malam dan siang mempunyai hikmat kepada manusia .Antaranya ialah Manusia dapat berehat pada waktu malam . Manusia juga dapat beribadat pada malam hari dengan lebih khusyuk .Manusia dapat keluar menccari rezeki pada waktu siang . Manusia dapat memikirkan keajaiban alam dan dapat melakukan aktiviti kemasyarakatan .

Nota Kaki : Sesungguhnya Allah sangat sayang kepada hambanya .Dialah yang memegang hati kita semua .Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah.Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik ! .Wallahu'Alam ~

Menghargai Sunnahtullah =)


'' Be ,and It is ! ''

''Engkau masukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkau masukkan waktu siang ke dalam waktu malam . Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati , dan Engkau keluarkan yang mati dari yang yang hidup , dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa batasan ''(Surah Ali-Imran :27)

Allah yang menjadikan siang dan malam silih berganti untuk kemudahan manusia . Dia berkuasa menghidupkan dan mematikan makhluk serta memberi rezeki kepada semua makhluk yang dijadikanNya . Allah Maha Berkuasa menyusun sistem perjalanan dan peredaran alam untuk kemaslahatan makhlukNya .Semua kejadian yang berlaku di langit dan di bumi adalah menurut sunnatullah . 

Sunnahtullah bermaksud peraturan yang berdasarkan ketetapan Allah s.w.t yang berlaku kepada semua makhluk . Sunnahtullah merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan hal ehwal makhluk yang dikawal oleh Allah s.w.t .Sunnahtullah juga disebut sebagai Hukum Alam .Hal ini secara langsung membuktikan keBijaksaan-Nya mengawal dan mentadbir alam .

Surah Al-Fatihah =)



Terjemahannya :

1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6) Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Kisah Doa Seorang Ibu


      Dahulukala  di  negeri Arab   terhormat. ada  seorang  pemuda  yang  sangat  terhormat. Setiap  orang  mencintainya  karana  budi  dan  amalnya. Ilmunya  yang  tinggi menyebabkan  namanya  bertanbah  harum.
Ibunya  sangat  bahagia  sekali  mempunyai  anak  yang  dihormati  oleh  setiap  orang. Itulah  sebabnya  mengapa  anaknya  tidak  diperbolehkan  menuntut  ilmu  ke  negeri  jauh.

      Pada  suatu hari  anaknya  yang  sangat  dicintai  ini  menghendaki  pergi  ke  Makkah. Maksudnya  ingin  menambah  ilmunya  ke  negeri  yang  sangat  mulia  itu. Tentu  sahaja  ibunya  sabgat  keberatan  apabila  anaknya  merantau  ke  Makkah. Apalagi  dia  akan  bermukim  di  sana  beberapa  tahun.

      "Anakku!" kata ibunya  pada  suatu  malam.

      "Engkau  adalah  mutiara  hatiku. Ibu  sangat  tersiksa  apabila  engkau  pergi  ke  Makkah. Ibu  sudah  tua, maka  sangat  berat  sekali  jka  berpusah   dengan  engkau. Batalkan  niatmu  nak!" kata  ibunya  menasihati.

      Akan  tetapi  kerana  tekad  anaknya  yang  sudah tak  dapat  di bendung  lagi, berangkatlah  ia  ke  Makkah. Nasihat  ibunya  sudah  tidak  dihiraukan  lagi. Sekaang  ibunya  tinggal  sendirian  di  rumah
dengan  deraian  air  mata. Hatinya  menjadi  sakit  sekali  kalau  mengingatkan  anaknya  ang  tidak  memperdulukan  nasihatnya  itu.

       "Ya, Tuhan," demikian  ibunya  merintih.

       "Sesungguhnya  anakku  telah  membakar  hati  hamba, dengan  pemergiannya. Turunkanlah  siksa  kepada  anakku, ya  Tuhan."

        Hampir  setiap  malam  ibunya  berdoa  demikian.

       Anaknya  pada  wakyu  itu  telah  sampai  di  Makkah. Dengan  giat  sekali  ia  mencari  ilmu  dan  beribadah  di  sana. Pada  waktu  itu  ada  seorang  pencuri  masuk  ke  rumah  seorang  saudagar  kaya. Tetapi  malang  bagi   pencuri, kerana  perbuatannya  diketahui  oleh  tuan  rumah. Pencuri  itu  lalu  lari  lintang  pukang  menyelamatkan   diri.Tetapi  jejaknya  ini  selalu  diekori  oleh  tuan  rumah.

       "Ah, celaka  aku  jika  tidak  mencari  akal," kata pencuri  di dalam  hati." Biarlah  aku  masuk  ke  masjid, mungkin  aku  dapat  menyelamatkan  diri."

       Kebetulan  ketika  dia  sampai  di  masjid  dilihatnya  ada  orang  yang  sedang  berzikir. Dengan
licik  sekali  lantas  bertriak-teriak  sambil  menuding-nuding  orang  yang  sedang  berzikir.

       "Pencuri, pencuri  . . . . . "teriaknya  keras  sekali:

       Tuan  rumah  ketika sampai  di  masjid  langsung  sahaja  menangkap  oarang  yang  disebut  pencuri  itu. Tanpa  fikir  panjang  lagi  dia  lalu  diseret  dan  dihadapkan  kepada  raja. Malang  bagi  dia,
kerana  raja  memberi  hukuman  kepadanya  dengan  dipotong  tangannya, kakinya  dan  dicungkil  kedua  matanya. Setelah  itu  raja  memerintahkan  kepada  hulubalangnya  untuk  mengarak  pencuri  itu dihadapan  umum.

       "Inilah  akibatnya  kalau  cuba  mencuri  barabg  orang," kata  pegawai  raja  di  sepanjang  jalan.

       Sewaktu  arak-arakan  sampai  di  pasar  berkatalah orang  dituduh  mencuri  itu  kapada  pegawai  raja.

       "Wahai  pegawa! Janganlah  engkau  berkata  begitu, tetapi  katakanlah  begini: Inilah  balasannya  kalau  orang  itu  derhaka  kepada  ibunya. Ayuh, katakanlah  begitu!"

       Para  pegawai  pun  menjadi  hairan  sekali  mendengarkan  saranan  yang  dituduh  itu. Hatinya  menjadi  ragu, apakah  betul  ucapan  itu  atau  pura-pura. Ternyata  setelah  diselidiki  lagi orang  yang  didakwa  sebagai  pencuri  itu betul-betulbukan  pencurinya. Para  pegawai  raja  kemudian  membebaskannya  untuk  dihantar  ke  rumah  ibunya.

      Ketika  sampai  di  rumah, maka  para pegawai  raja  meletakkannya  di  muka  pintu  rumahnya. Keadaannya  yang  cacat  ini  menyababkan  dia  tidak  dapat  berbuat  apa-apa  kecuali  hanya  memanggil- memanggil  dari  luar  rumah. Dari  dalam  rumah  dia  mendengar  ibunya  sedang  berdoa:

     "Ya  Allah, apabila  telah  turun  cubaan  kepada  anakku, kembalikanlah  dia  ke  rumah  ini  supaya  hamba  dapat  melihatnya." Doa  ini  diucapkan  oleh  ibunya  berulang-ulang  kali  sampai  ada  suara  anaknya  yang  berpura-pura  menjadi  pengemis, "Ya  tuan, berilah  hamba  sedekah."

     "Datamglah  ke  sini  mendekati  pada  pintu," terdengar  suara  dari  dalam.

     "Bagaimana  tuan  saya  dapat  mendekati, padahal  saya  tidak  mempunyai  kaki," jawab  anaknya.

     "Kalau  begitu  hulurkan  sahaja  tanganmu," jawab  ibunya  dari  dalam.

     "Tuan, maafkanlah  hamba  kerana  hamba  tidak  mempunyai  tangan,  tangan  hamba  elah  dipotong."

     "Jika  demikian  bagaimana  aku  dapat  memberimu, padahal  aku  bukan  muhrimmu?" jawab  ibunya.

     Ibunya  yang  belum  mengerti  bahawa  pengemis  itu  sebetulnya  adalah  anaknya  sendiri, terpaksa  keluar  dengan  membawa  sepotong  roti. Tetapi  ketika  roti  itu  diberikan  tiba-tiba  pengemis  merebahkan  dirinya  di  pangkuan  ibunya  sambil  menangis.

      "Ibu . . . . .   maafkanlah  ibu! Sebetulnya  hamba  adalah  anakmu  sendiri  yang  telah  mangalami  nasib  seperti  ini, ibu, hamba  merasa   berdosa  kepada  ibu, maafkanlah  ibu."

     "Ya  Tuhan, saksikanlah  bahawa  semua  kesalahan  anakku  telah  hamba  maafkan. Tetapi  sungguh  mengerikan  siksa  anakku  ini  ya  Tuhan. Hamba  tidak  sampai  hati  melihat  keadaan  anakku  yang  cacat  sedemikian  rupa. Ya  Tuhanku, akhirilah  hidupku  ini  bersama-sama  anakku  sehinga  kami  tidak  menanggung  malu  lagi."

     Doanya  dikabulkan  oleh  Allah, dia  dan  anaknya  mati  bersama-sama. Demikianlah  nasib  anak  yang  tidak  menuruti  kepada  orang  tua,  dan  orang  tua  yang  kurang  reda  kepada  anaknya  di dalam  mencari  ilmu.

     @!N@  #U$N@  
                                  

       



      



     

Friday, 17 May 2013

Balasan Allah Kepada Wanita Yang Suka Bersedekah


      Pada  zaman dahulu  ada  seorang  wanita  miskin  hidupnya  di  tengah-tengah  masyarakat  Bani  Israil.
Kehidupannya  sehari-hari  hanyalah  mencari  kayu  di  hutan. Dari  hasil  kayu  itu  dia  menggantungkan  hidupnya  dengan  seorang  anaknya. Tetapi  walaupun  dia  itu  miskin, kemiskinannya  itu  tidak  menyebabakannya  berlaku  bakhil  kepada  orang  lain.

      Pada  waktu  itu  seluruh  negerinya  ditimpa  zaman  kemelesetan. Di  mana-mana  terdapat  orang-orang  susah. Sedang  orang-orang  kaya  pula  hanya  mementingkan  diri  sendiri  tanpa  menghiraukan  kehidupan  rakyat  lain  yang  susah  dan  menderita. Mereka  hanya  menimbun  bahan  makanan  yang banyak  hingga  orang-orang  miskin  pun  makin  hari  makin  menderita hidupnya. Apa  lagi  zaman  kesusahan  ini  berjalan  bertahun-tahun  lamanya. Sehingga  setiap  orang  sukar  mencari  pekerjaan  dan  mencari  makanan.

     Pada  suatu  hari  ada  seorang  pengemis  yang  keluar  masuk  rumah  mencari  sesuap  nasi  atau  derma. Tetapi  hampir  setiap  rumah  yang  dimasuki, selalu  tidak  beruntung  nasibnya.

    Akhirnya  sampailah  pengemis  itu  di  sebuah  rumah  yang  sudah  buruk. Rumah  itu  adalah  milik  seorang  wanita  tua  yang  pekerjaan  sehari-hari  mencari  kayu. Biarlah  aku  masuk  rumah  ini, siapa  tahu  kalau  ada  rezeki  aku  di  rumah  ini, kata  pengemis  itu  sendirian  di  dalam  hatinya. Maksudnya  itu  dilaksanakan  lalu  dia  pun  masuk  ke  dalam   rumah  yang  buruk  itu  untuk  meminta  sedekah.
Kebetulan  sekali  ketika  dia  masuk, tuan  rumah  sedang  makan  bersama-sama  anaknya. Tuan  rumah  ketika  mengetahui  ada  seorang  pengemis  datang  meminta, maka  roti  yang  satu-satunya  dapat  dimakan   pada  hari  yang  baharu  sahaja  dimasukkan  ke dalam  mulut terpaksa  di keluarkan  untuk  diberikan  kepada  pengems  itu. "Ah, tidak  kusangka  dia  sangat  dermawan  sekali. Baru  kali  ini  saya  menjumpainya," kata  sura  hati  pengemis  itu.

      Pada  suatu hari  wanita  tua  mencari  kayu  itu  telah  pergi  ke  hutan  bersama-sama  dengan  anaknya.
Di hutan  dia  mencari  kayu  ke  sana  ke  mari, sedang  anaknya  disuruh  menunggu  kayu  yang  sudah  berkumpul.

      "Anakku, jagalah  kayu  ini, ibu  hendak  mencari  kayu  yang  lebih  banyak." Demikian  pesanan  kepada  anaknya  itu.

      Ibunya  kemudian  pergi  mencari  kayu. Tetap  alangkah  terkejutnya  setelah  dia  kembali ternyata  anaknya  telah  hilang. Di  kiri  kanan  tumpukan  kayu  terdapat  bekas-bekas  darah  brtitisan.

      "Anakk! Anakku!," dia  menjerit  sekuat-kuat  hatinya.

      Akan  tetapi  setelah  berkali-kali  tak  juga  ada  jawapan, larilah  dia  menjejaki  bekas-bekas  darah  yang  bertitisan  itu. Setelah  agak  jauh  dia  berlari, terlihatlah  olehnya  harimau  yang  sedang  membawa  anaknya.

      "Masya  Allah! Anakku! dia  mengeluh  terkejut  sekali.

      "Ya  Allah! Tolonglah  aku! Kasihanilah anakku! Kembalikanlah  anakku  itu dengan selamat, ya  Allah!"  dia  merantap  terus.

      Sesungguhnya  harapannya  rupanya  tak  sesia. Allah  S.W.T  membalas  permohonannya. Tidak  lama  kemudian, harimau  itu  pergi  dengan  sendirinya, sedang  anak  pencari  kayu  ditinggalkan  begitu  sahaja.
Ibunya  dengan  tergesa-gesa  sekali  menghampiri  anaknya. Tiba-tiba  datanglah  Malaikat  Jibril  A.S  sambil  berkata  kepadanya:

     "Wahai  ibu  yang  suka  bersedekah! Aku  keluarkan  anakmu  dari  mulut  harimau  sebagai  ganti  sepotang  roti  yang  engkau  sedekahkan. Sudah  relakah engkau?" Demikianlah  balasan  Allah  kepada  orang  yang  suka  bersedekah.

      May Allah  Bless
             Your  Day  With
                     Prosperity
                              Happiness
                                     And Hope
     @!N@  #U$N@
                     

Perubahan =)

Perubahan perlu dilakukan walaupun sedikit ! :)

 Jika tidak mampu solat berjemaah , usah melambatkan Solat !
Jika tidak mampuu mengaji , usah berhenti belajar Agama !
Jika tidak mampu berdakwah , usah berhenti menyediakan diri untuk Didakwahkan !
Jika tidak mampu berhenti melakukan maksiat , usah berhenti Bertaubat !
Jika tidak mampu didatangi kekuatan , usah berhenti untuk berdoa agar diberkan Kekuatan !

Nota Kaki : Jangan pernah berhenti untuk Mencuba .Sama ada mencuba untuk berubah , atau mencuba         untuk memperolehi kejayaan , atau apa saja situasi keadaannya , asalkan kita yakin dan berusaha dengan hebatnya .

Kejayaan datang bukan dengan bergolek . Tapi ,kejayaan datang dengan usaha . Kejayaan datang dengan niat Lillahitaala .

Jangan mudah senang dengan kejayaan yang sementara, kerana ini juga ujian dari ALLAH. Selalu ingatkan diri  sendiri akan hakikat ini. Hidup sebagai manusia, takkan sunyi daripada ujian

Jika ujian yang Allah uji itu , kita rasa lemah , BerDOAlah .Kerana DOA itu senjata MUKMIN .

Ingatlah , Ujian yang HEBAT hanya untuk manusia yang HEBAT .InsyaAllah .



Penzina,Pencuri masuk SYURGA ?


Kali ini mari kita bersama menghayati satu hadis Nabi saw tentang kepentingan mentauhidkan Allah SWT. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya.


Abu Zar menceritakan bahawa pada satu malam dia keluar bersama Rasulullah saw ke kawasan berbatu hitam pada waktu malam, kami mengadap bukit uhud. Kemudian Rasulullah saw bersabda : Wahai abu Zar kamu duduk di sini, jangan ke mana-mana sehingga aku kembali.


Maka Nabi pun pergi sehingga hilang dari pandanganku. Lalu aku mendengar satu suara, aku bimbang sesuatu yang menimpa Nabi saw. Aku berkeinginan untuk pergi. Kemudian aki teringat pesan Nabi saw tadi agar jangan ke mana-mana.



Maka aku tetap berada di situ.

Aku berkata ( setelah Nabi kembali) : Tadi aku mendengar satu suara yang aku takut sesuatu telah menimpamu. Namun aku teringat pesanan mu tadi.
Nabi saw bersabda : Itu adalah Jibril yang datang kepadaku lalu memberitahuku bahawa sesungguhnya sesiapa yang mati dari kalangan umatku yang tidak melakukan SYIRIK kepada Allah dengan sesuatu akan masuk syurga.



Aku bertanya : Ya Rasulullah saw, kalau dia berzina, kalau dia mencuri?. Nabi saw bersabda : walaupun dia berzina, walaupun dia mencuri.


Nota Kaki : Hendaklah kita berusaha sedaya - upaya agar tiada amalan syirik di hati kita . Semoga Allah merahmati dan melindungi kita semua .

-Jazakallahu Kairan Kasira-

             Izzah

Pemuda Yang Mencintai Kebajikan


     Sekali  peristiwa, tatkala  Nabi  S.A.W  dan  para  sahabat  sedang  duduk-duduk  di  masjid, masuklah  ke  dalam  masjid  itu  seorang  lelaki  yang  baru  sahaja  turun  dari  untanya. Nampaknya  demikian  besar  hasratnya  untuk  segera  berbicara  dengan  Nabi SAW  sehinnga  tidak  ia  berlepas  lelah  lebih  dahulu  sebelum  menanyakan  sesuatu. Maka,  begitu  untanya  menundukan  kepala, begitu  ia  melompat  turun  lalu  terus  ke dalam  masjid.

     "Sudah  sembilan  hari  saya  lakukan  perjalanan  ya  Rasulullah!" ujarnya  tanpa  memperkenalkan  diri  lebih  dahulu. "Saya  tahan  rasa  mengantuk  di  waktu  malam, saya  tahan  dahaga  di  waktu  siang  dan  saya  pecut  unta  saya  supaya  lebih  cepat  larinya. Dan  semua  ini  sungguh saya  lakukan  semata-mata
kerana  ingin  bertanyakan  sesuatu   kepadamu  tentang  dua  hal." Demkian  ia  berbicara,  lalu  dijawab
oleh  Rasullah.

     "Silalah, wahai  anak  muda, sebutkanlah  apa  masalahmu."

      "Begini  ya  Rasulullah! Pertama  saya  ingin  tahu  apakah  sifat-sifat  yang  dapat  kita  lihat  pada  diri  seseorang  yang  disukai  Allah, dan  kedua  apakah  apakah  sifat-sifat  yang  dapat  kita  lihat  pada  diri
seseorang  yang  dibenci Allah  pula?"

      Mendengar  pertanyaan  yang  amat  penting  itu   sedangkan  lelaki  itu  tidak  memperkenalkan  nama  lebih dahulu, maka  Nabi  saw  tersenyum  dan  dengan  ramah  bertanya:

     "Siapa  namamu  wahai  pemuda?"

     "Biasanya  saya  dipanggil  kawan-kawan: Zaidulkhail  ya  Rasulullah!" jawabnya.

     (Zaidulkhail  itu  bererti  kuda  jantan. Boleh  jadi  nama  aslinya  cuma  Zaid, tetapi  mungkin  kerana  seperti  kuda  jantan, maka  kawan-kawannya  telah  menambah  kata: Khail  di  belakang  namanya!)

     "Bukan, namamu  adalah  Zaidulkhair!" jawab  baginda  Rasulullah  SAW (yang  bererti  Zaid  yang  mencintai  akan  kebajikan) Pada  ucapan  Rasulullah  SAW kita  dapat   saksikan  betapa  Nabi  SAW  menghargai  seorang  tetamu  dan  memberikan  nama  yang  lebih  baik  lagi menyenangkan  kepada  seseorang.

      Lelaki  itu  mengulang  tanya, "saya  ingin  mendapat  penjelasan  darimu  ya  Rasulullah, tentang  apakah  sifat-sifat  yang  dapat  kita  lihat  pada  diri  seseorang  yang  disukai  Allah  dan  sifat-sifat  apa  pula  yang  dapat  kita  lihat  pada  diri  seseorang  yang  dibenci  Allah?"

    "Dapatkah  engkau  menjelaskan  kepada  saya  bagaimana  perasaan  Saudara  di  waktu  bangun  tidur  saban  hari?"

    Lelaki  itu  lalu  menjawab

    "Setiap  saya  bangun  di  waktu  pagi, ya  Rasulullah, saya  rindu  kepada  kebajikan  dan  saya  pun  rindu  kepada  orang-orang  yang  suka  berbuat  kebajikan  itu. Andaikata  dapat  pula  saya  berbuat  kebajikan  maka  tiada  sesuatu  yang  saya  harapkan  kecuali  keredaan  Allah  semata-mata! Tetapi  bila  suatu  pagi, saya  tidak  dapat  berbuat  kebajikan, maka  hati  saya  rasa  macam  remuk  redam  kerana  dukacita  yang  amat  sangat."

     Nampaknya  jawapan  lelaki  itu  sudah  padan  benar  dengan  apa  yang  hendak  dikatakan  oleh  Nabi  S.A.W.  Maka sambil  tersenyum,  Rasulullah  menjelaskan:
      "Bila  demikian  hal  mu  wahai  pemuda, maka  demikian  pulalah  sifat-sifat  orang  yang  disukai  Allah  dan  demikian  sebaliknya  pula  sifat-sifat  orang  yang  dibenci  Allah!"

     Dari  kisah  di atas  ini  yang  diriwayatkan  oleh  Ibnu  Kutsair, dalam  tafsirnya  dapatlah  sama-sama  kita  lihat  betapa  mudahnya  kita  memahami  ciri-ciri  pekerti  yang  disukai  oleh  Allah  S.W.T  serta  ciri-ciri  pekerti  yang  dibenciNya  pula. Dari  kisah  itu  juga  dapat   kita  saksikan  betapa  tingginya  pekerti  Rasulullah  dalam  menghargai  tamu  baginda  serta  menubuhkan  rasa  harga  diri  dan  penghargaan  kepada  tamu  itu  dengan  mengubahkan  namanya  sesuai  dengan  sifat-sifat  luhur  yang  ada  pada  pemuda  tersebur  itu.

 Islam Is  Light
          Of Our Life
@!N@ #U$N@

     

     
     
        

Islamic Quote :)

                                 

                                                     -It's worth it to lose Everything for 
                                                      ALLAH 
                                              Rather than losing 
                                                      ALLAH 
                                                 for something-
     

                                -Allah will certainly defend the Believers-
                                                    -Zahidah-

Sentiasalah Membaca Al-Quran =)

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a : ''Daripada Nabi s.a.w , baginda bersabda, ''Sentiasalah membaca Al-Quran ini.Demi diri dan jiwa Muhammad yang berada di tanganNya. Sesungguhnya Al-Quran itu sangat mudah hilang daripada ingatan berbanding dengan unta yang tercabut tali ikatan daripada sendi kakinya (Bangsa Arab biasanya mengikat sendi untasemasa unta duduk supaya unta tersebut tidak lari) .'' 
(HR.Bukhari dan Muslim)
Al-Quran merupakan kitab petunjuk dan kaedah dalam meneruskan kehidupan . Allah s.w.t menjelaskan di dalamnya berhubung perkara yang diwajibkan,dihalalkan dan diharamkan kepada manusia . Semua itu berupa kaedah-kaedah secara global yang termasuk perihal-perihal berhubung rapat dengan kehidupan dunia . Tidak terkecuali orang dewasa dan anak-anak yang berhubung rapat dengan keperluan manusia,kesemuanya telah tertulis dan dijelaskan di dalam Al-Quran .
Daripada Abu Umamah r.a ,dia berkata,saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, ''Bacalah Al-Quran kerana pada hari kiamat nanti Al-Quran akan memberikan syafa'at kepada para pembacanya.'' (HR Muslim)
-Jazakallahu Kairan Kasira-
               Izzah

Keistimewaan Islam :)

1. Memperbaiki kepercayaan dan memperkuatkan keyakinan atau akidah kepada Zat Allah yang Maha Esa 
2. Menghapuskan kepercayaan kepada yang lain selain Allah SWT
3. Mangatur cara beribadat kepada Allah SWT
4. Mengatur cara-cara perhubungan kehidupan manusia
5. Mengatur hukum-hukum keseksaan/jinayat yang sesuai dengan manusia
6. Mengatur hukum keadilan kekeluargaan dan keturunan 
7. Mempertinggi akhlah manusia
8. Mengatur hukum-hukum yang berhubung dengan kebendaan 


-SMILE like you mean it :) It's Sunnah-
-Zahidah-

Reaksi Para Sahabat Terhadap Kewafatan Rasullah SAW



        Setelah  berita  kewafatan  Rasullah  SAW  tersebar, ada  di  kalangan  para  sahabat  tidak  dapat  menerima  knyataan  termasuklah  Saidina  Umar  Al-Khatab. Suasana  menjadi  tegang  apabila  Amar mengancam  untuk  menghukum  orang  yang  mengatakan  Rasullah  sudah  wafat.
     
       Abu  Bakar  yang  baru  kembali  dari  luar  kota  Madinah  dengan  tenang  mendapatkan  jenazah  
baginda  dan  mengesahkan  kewafatan  baginda  lalu  menciumnya. Lantas  Abu  Bakar  berkhutbah:

"Wahai  manusia, barang siapa  yang   menyembah  Muhammad, sesungguhnya  Muhammad  telah  wafat  dan  barang  siapa  menyambah  Allah, sesungguhnya  Allah  maha  hidup dan  tidak  akan  mati." Lalu,
beliau  membaca  surah  Al-Imran  ayat  :144:3.
      

       Maksudnya : " Dan Muhammad  itu  tidak  lain  hanyalah  seorang  Rasulullah  yang  sudah  didahului  oleh  beberapa  orang  Rasul  (yang  telah  mati  atau  terbunuh). Jika  demikian  kalau  ia  pula  mati  atau  terbunuh  patutkah  kamu  berpaling  menjadi  kafir,  maka  ia  tidak  akan  mendatangkan  kemudaratan  kepada  Allah  sedikit  pun. Allah  akan  memberi  balasan  pahala  kepada  orang  yang  bersyukur."(144:3  Surah  Al-Imran )

  I  Love  Islam
@!N@  #U$N@ ^=^













Hidayah Allah =)

Ramai manusia yang sudah banyak kali ingin medapat Hidayah tetapi tidak mengikut cara yang betul . Cara hidayah Allah diturunkan kepada mempunyai pelbagai cara .Mereka yang selalu memberi alasan , pintu hatinya belum terbuka .Jiwanya belum siap untuk melakukan perubahan kepada dirinya .Seolah - olah apa yang dia mahu Allah makbulkan .Tapi sayang ,hanya satu yang Allah tak bagi, satu yang teramat mahal bernama Hidayah

Hidayah itu milik Allah . Allah hanya beri kepada orang yang tulus mendekatiNya . Sesiapapun tidak berkuasa memberi hidayah kepada sahabatnya,isterinya mahupun orang lain .

Hidayah beerti 'Petunjuk Allah sw.t ke arah kebenaranNya.Rahmat pula segala kebaikan yang Allah kurniakan kepada manusia . 

CARA MEMPEROLEHI DAN MENGEKALKAN HIDAYAH  :

1.     Mensyukuri nikmat Allah SWT.
2.     Yakin kepada kebenaran aqidah.
3.     Berakhlak mulia dalam kehidupan.
4.     Bersungguh-sungguh menimba ilmu.
5.     Berdoa memohon pertolongan Allah.
6.     Memelihara hubungan baik antara makhluk.
7.     Melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi munkar.
     Mempertingkatkan ibadah seperti solat dan membaca al-Quran.

CIRI-CIRI ORANG MENDAPAT HIDAYAH:

1.     Tabah dan sabar menghadapi cabaran hidup.
2.     Berfikiran terbuka dan berpandangan jauh.
3.     Senang menerima kebenaran.
4.     Hidup dalam keadaan tenang dan gembira.
5.     Mudah melakukan kebaikan.
  
 Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha pemberi kurnia.(Al-i-'Imran 008)  

-Jazakallahu khairan kasira-
Izzah






Thursday, 16 May 2013

Waktu - Waktu Dimakruhkan Solat

                                                     Waktu Makruh Solat Pada Lima Waktu :
                         
                                              > Selepas solat Subuh sehingga naik matahari 
                                              > Ketika naik matahari 
                                              > Ketika matahari di tengah - tengah langit 
                                              > Selepas solat asar sehingga masuk matahari
                                              > Ketika terbanam matahari 
                                             

                                               -Keep Calm and Strengthen Your Iman-
                                                                       -Zahidah-