Thursday, 16 May 2013
Kewafatan Rasulullah
{Peristiwa Sebelum Kewafatan Rasullah}
Pada akhir bulan Safar, sekembalinya Rasullah daripada menziarahi tanah perkuburan bakiaq,
baginda mula berasa sakit kepala. Pada ketika itu, baginda berada di rumah Siditina Aishah. Pada
suatu hari, suhu badan baginda semakin meningkat. Lalu baginda meminta supaya badannya dibasahi air. Setelah kesakitannya agak reda, baginda keluar berkhutbah kepada sahabat.
Dalam khutbah, baginda meminta Abu Bakar mengendalikan urusan dan mengimami solat jemaah.
Di samping itu, baginda juga berwasiat kepada orang Islam supaya supaya berbuat baik kepada
orang Muhajirindan orang Ansar, menyakini adalah semua perkara adalah ketentuan Allah, menjaga perbuatan dan perkataan.
(Kewafatan Rasullah)
Pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah, keadaan Rasullah semakin lemah. Lalu baginda memanggil Fatimah supaya mendekatinya. Baginda juga memanggil isteri-isteri baginda dan berwasiat kepada mereka.Lalu keadaan baginda bertambah tenat, bagindaberwasiat dengan sabdanya "yang menyeru umat Islam agar mengambil berat tentang solat dan orang yang dipimpin. Selepas itu baginda mengucapkan "ALLAH HUMMA RAFIQUL A'LA" sebanyak 3 kalisambil melihat kearah langit rumah. Tidak lalu kemudian, baginda menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Aishah.Ketika itu baginda berusia 63 tahun. Baginda telah dimakamkan di Masjid Nabawidi Madinah Al-Mukaramah.
Pray to Allah
@!^@ #U$^@
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment