Thursday, 16 May 2013

Peristiwa Turunya Wahyu Di Gua Hira'


        Nabi  Muhammad  SAW  terkenal  dengan  sifat  terpuji  dalam  kalangan  masyarakat  Arab.
Baginda  diberi  gelaran  Al-Amin. Sbelum  dilantik  menjadi  Rasul, baginda  mengasingkan  diri  daripada
kaumnya  yang  sesat  dan  tidak  berakhlak. Baginda  memilih  Gua  Hira'  yang  terletak  di  'Jabal
Nur' sebagai  tempat  beribadat.

        Baginda  beribadat  beberapa  malam  sebelum  pulang  menemui  keluarganya  bagi  mengambil  bekalan  yang  disediakan  oleh  isterinya, Saiditina  Khadijah  binti  Khuwailid. Baginda  berulang  alik  ke  Gua  Hira'  sehinggalah  wahyu  diturunkan  kepada  baginda.

       Pada  malam  17  Ramadhan, Malaikat  Jibril  telah  menyampaikan  wahyu  yang  pertama.Ketika  itu  Rasullah  SAW  berusia  40  tahun.

       Ketika  Rasullah  SAW  berada  di  Gua  Hira', Malaikat  Jibril  datang  menemui  baginda  dan  berkata, "bacalah!" baginda  menjawab, "aku  tidak  tahu  membaca." Malaikat  Jibril  memegang  dan  memeluk  baginda  sehingga  lemas. Setelah  dilepaskan  Jibril  berkata,  "bacalah!" baginda  tetap  menjawab,  "aku  tidak  tahu  membaca."  Kemudian  Jibril  memeluk  lagi. Setelah  dilepaskan pada  kali  yang  ke-3  Jibril  melafazkan  Surah  Al-Alaq  ayat  1   hingga  5.

       Selepas  itu, Rasullah  SAW pulang  ke  rumah  dalam keadaan  gementar, bagind  mendapatkan  Saiditina  Khadijah  dan  bersabda, "selimutkan  aku, selimutkan  aku." Saiditina  Khadijah  segera  menyalimutkan  baginda  sehingga  hilang  rasa  takut. Baginda  menceritakan  apa  yang  berlaku  keatas
dirinya  dan  Saiditina  Khadijah  menenangkan  Rasullah  SAW.

      Setelah  itu  Saiditina  Khadijah  bersama-sama  Rasullah  SAW  pergi  menemui  Waraqah  bin  Naufal
iaitu  sepupu  Saiditina  Khadijah. Beliau  seorang  lelaki  yang  menganut  agama  Nasrani  dan  mengikuti  perkembangan  kemunculan  seorang  Nabi. Rasullah  menceritakan  apa  yang  telah  dilihatnya. Waraqah  bin  Naufal  berkata,  "yang  datang  menemui  baginda  adalah  Malaikat  (Jibril) yang  pernah  menemui  Nabi  Musa. Beliau  menyatakan  bahawa  Nabi  Muhammad  akan  dilantik  menjadi  Rasul."

  Thanks  To  Allah
   @!N@  #U$N@

No comments: