Ramai manusia yang sudah banyak kali ingin medapat Hidayah tetapi tidak mengikut cara yang betul . Cara hidayah Allah diturunkan kepada mempunyai pelbagai cara .Mereka yang selalu memberi alasan , pintu hatinya belum terbuka .Jiwanya belum siap untuk melakukan perubahan kepada dirinya .Seolah - olah apa yang dia mahu Allah makbulkan .Tapi sayang ,hanya satu yang Allah tak bagi, satu yang teramat mahal bernama Hidayah
Hidayah itu milik Allah . Allah hanya beri kepada orang yang tulus mendekatiNya . Sesiapapun tidak berkuasa memberi hidayah kepada sahabatnya,isterinya mahupun orang lain .
Hidayah beerti 'Petunjuk Allah sw.t ke arah kebenaranNya.Rahmat pula segala kebaikan yang Allah kurniakan kepada manusia .
CARA MEMPEROLEHI DAN MENGEKALKAN
HIDAYAH :
1. Mensyukuri
nikmat Allah SWT.
2. Yakin
kepada kebenaran aqidah.
3. Berakhlak
mulia dalam kehidupan.
4. Bersungguh-sungguh
menimba ilmu.
5. Berdoa
memohon pertolongan Allah.
6. Memelihara
hubungan baik antara makhluk.
7. Melaksanakan
tanggungjawab amar makruf nahi munkar.
Mempertingkatkan ibadah
seperti solat dan membaca al-Quran.
CIRI-CIRI ORANG MENDAPAT HIDAYAH:
1. Tabah dan
sabar menghadapi cabaran hidup.
2. Berfikiran
terbuka dan berpandangan jauh.
3. Senang
menerima kebenaran.
4. Hidup
dalam keadaan tenang dan gembira.
5. Mudah
melakukan kebaikan.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha pemberi kurnia.(Al-i-'Imran 008)
-Jazakallahu khairan kasira-
Izzah



No comments:
Post a Comment