Dahulukala di negeri Arab terhormat. ada seorang pemuda yang sangat terhormat. Setiap orang mencintainya karana budi dan amalnya. Ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya bertanbah harum.
Ibunya sangat bahagia sekali mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang. Itulah sebabnya mengapa anaknya tidak diperbolehkan menuntut ilmu ke negeri jauh.
Pada suatu hari anaknya yang sangat dicintai ini menghendaki pergi ke Makkah. Maksudnya ingin menambah ilmunya ke negeri yang sangat mulia itu. Tentu sahaja ibunya sabgat keberatan apabila anaknya merantau ke Makkah. Apalagi dia akan bermukim di sana beberapa tahun.
"Anakku!" kata ibunya pada suatu malam.
"Engkau adalah mutiara hatiku. Ibu sangat tersiksa apabila engkau pergi ke Makkah. Ibu sudah tua, maka sangat berat sekali jka berpusah dengan engkau. Batalkan niatmu nak!" kata ibunya menasihati.
Akan tetapi kerana tekad anaknya yang sudah tak dapat di bendung lagi, berangkatlah ia ke Makkah. Nasihat ibunya sudah tidak dihiraukan lagi. Sekaang ibunya tinggal sendirian di rumah
dengan deraian air mata. Hatinya menjadi sakit sekali kalau mengingatkan anaknya ang tidak memperdulukan nasihatnya itu.
"Ya, Tuhan," demikian ibunya merintih.
"Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba, dengan pemergiannya. Turunkanlah siksa kepada anakku, ya Tuhan."
Hampir setiap malam ibunya berdoa demikian.
Anaknya pada wakyu itu telah sampai di Makkah. Dengan giat sekali ia mencari ilmu dan beribadah di sana. Pada waktu itu ada seorang pencuri masuk ke rumah seorang saudagar kaya. Tetapi malang bagi pencuri, kerana perbuatannya diketahui oleh tuan rumah. Pencuri itu lalu lari lintang pukang menyelamatkan diri.Tetapi jejaknya ini selalu diekori oleh tuan rumah.
"Ah, celaka aku jika tidak mencari akal," kata pencuri di dalam hati." Biarlah aku masuk ke masjid, mungkin aku dapat menyelamatkan diri."
Kebetulan ketika dia sampai di masjid dilihatnya ada orang yang sedang berzikir. Dengan
licik sekali lantas bertriak-teriak sambil menuding-nuding orang yang sedang berzikir.
"Pencuri, pencuri . . . . . "teriaknya keras sekali:
Tuan rumah ketika sampai di masjid langsung sahaja menangkap oarang yang disebut pencuri itu. Tanpa fikir panjang lagi dia lalu diseret dan dihadapkan kepada raja. Malang bagi dia,
kerana raja memberi hukuman kepadanya dengan dipotong tangannya, kakinya dan dicungkil kedua matanya. Setelah itu raja memerintahkan kepada hulubalangnya untuk mengarak pencuri itu dihadapan umum.
"Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barabg orang," kata pegawai raja di sepanjang jalan.
Sewaktu arak-arakan sampai di pasar berkatalah orang dituduh mencuri itu kapada pegawai raja.
"Wahai pegawa! Janganlah engkau berkata begitu, tetapi katakanlah begini: Inilah balasannya kalau orang itu derhaka kepada ibunya. Ayuh, katakanlah begitu!"
Para pegawai pun menjadi hairan sekali mendengarkan saranan yang dituduh itu. Hatinya menjadi ragu, apakah betul ucapan itu atau pura-pura. Ternyata setelah diselidiki lagi orang yang didakwa sebagai pencuri itu betul-betulbukan pencurinya. Para pegawai raja kemudian membebaskannya untuk dihantar ke rumah ibunya.
Ketika sampai di rumah, maka para pegawai raja meletakkannya di muka pintu rumahnya. Keadaannya yang cacat ini menyababkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali hanya memanggil- memanggil dari luar rumah. Dari dalam rumah dia mendengar ibunya sedang berdoa:
"Ya Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Doa ini diucapkan oleh ibunya berulang-ulang kali sampai ada suara anaknya yang berpura-pura menjadi pengemis, "Ya tuan, berilah hamba sedekah."
"Datamglah ke sini mendekati pada pintu," terdengar suara dari dalam.
"Bagaimana tuan saya dapat mendekati, padahal saya tidak mempunyai kaki," jawab anaknya.
"Kalau begitu hulurkan sahaja tanganmu," jawab ibunya dari dalam.
"Tuan, maafkanlah hamba kerana hamba tidak mempunyai tangan, tangan hamba elah dipotong."
"Jika demikian bagaimana aku dapat memberimu, padahal aku bukan muhrimmu?" jawab ibunya.
Ibunya yang belum mengerti bahawa pengemis itu sebetulnya adalah anaknya sendiri, terpaksa keluar dengan membawa sepotong roti. Tetapi ketika roti itu diberikan tiba-tiba pengemis merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis.
"Ibu . . . . . maafkanlah ibu! Sebetulnya hamba adalah anakmu sendiri yang telah mangalami nasib seperti ini, ibu, hamba merasa berdosa kepada ibu, maafkanlah ibu."
"Ya Tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba maafkan. Tetapi sungguh mengerikan siksa anakku ini ya Tuhan. Hamba tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya Tuhanku, akhirilah hidupku ini bersama-sama anakku sehinga kami tidak menanggung malu lagi."
Doanya dikabulkan oleh Allah, dia dan anaknya mati bersama-sama. Demikianlah nasib anak yang tidak menuruti kepada orang tua, dan orang tua yang kurang reda kepada anaknya di dalam mencari ilmu.
@!N@ #U$N@
No comments:
Post a Comment