Sekali peristiwa, tatkala Nabi S.A.W dan para sahabat sedang duduk-duduk di masjid, masuklah ke dalam masjid itu seorang lelaki yang baru sahaja turun dari untanya. Nampaknya demikian besar hasratnya untuk segera berbicara dengan Nabi SAW sehinnga tidak ia berlepas lelah lebih dahulu sebelum menanyakan sesuatu. Maka, begitu untanya menundukan kepala, begitu ia melompat turun lalu terus ke dalam masjid.
"Sudah sembilan hari saya lakukan perjalanan ya Rasulullah!" ujarnya tanpa memperkenalkan diri lebih dahulu. "Saya tahan rasa mengantuk di waktu malam, saya tahan dahaga di waktu siang dan saya pecut unta saya supaya lebih cepat larinya. Dan semua ini sungguh saya lakukan semata-mata
kerana ingin bertanyakan sesuatu kepadamu tentang dua hal." Demkian ia berbicara, lalu dijawab
oleh Rasullah.
"Silalah, wahai anak muda, sebutkanlah apa masalahmu."
"Begini ya Rasulullah! Pertama saya ingin tahu apakah sifat-sifat yang dapat kita lihat pada diri seseorang yang disukai Allah, dan kedua apakah apakah sifat-sifat yang dapat kita lihat pada diri
seseorang yang dibenci Allah pula?"
Mendengar pertanyaan yang amat penting itu sedangkan lelaki itu tidak memperkenalkan nama lebih dahulu, maka Nabi saw tersenyum dan dengan ramah bertanya:
"Siapa namamu wahai pemuda?"
"Biasanya saya dipanggil kawan-kawan: Zaidulkhail ya Rasulullah!" jawabnya.
(Zaidulkhail itu bererti kuda jantan. Boleh jadi nama aslinya cuma Zaid, tetapi mungkin kerana seperti kuda jantan, maka kawan-kawannya telah menambah kata: Khail di belakang namanya!)
"Bukan, namamu adalah Zaidulkhair!" jawab baginda Rasulullah SAW (yang bererti Zaid yang mencintai akan kebajikan) Pada ucapan Rasulullah SAW kita dapat saksikan betapa Nabi SAW menghargai seorang tetamu dan memberikan nama yang lebih baik lagi menyenangkan kepada seseorang.
Lelaki itu mengulang tanya, "saya ingin mendapat penjelasan darimu ya Rasulullah, tentang apakah sifat-sifat yang dapat kita lihat pada diri seseorang yang disukai Allah dan sifat-sifat apa pula yang dapat kita lihat pada diri seseorang yang dibenci Allah?"
"Dapatkah engkau menjelaskan kepada saya bagaimana perasaan Saudara di waktu bangun tidur saban hari?"
Lelaki itu lalu menjawab
"Setiap saya bangun di waktu pagi, ya Rasulullah, saya rindu kepada kebajikan dan saya pun rindu kepada orang-orang yang suka berbuat kebajikan itu. Andaikata dapat pula saya berbuat kebajikan maka tiada sesuatu yang saya harapkan kecuali keredaan Allah semata-mata! Tetapi bila suatu pagi, saya tidak dapat berbuat kebajikan, maka hati saya rasa macam remuk redam kerana dukacita yang amat sangat."
Nampaknya jawapan lelaki itu sudah padan benar dengan apa yang hendak dikatakan oleh Nabi S.A.W. Maka sambil tersenyum, Rasulullah menjelaskan:
"Bila demikian hal mu wahai pemuda, maka demikian pulalah sifat-sifat orang yang disukai Allah dan demikian sebaliknya pula sifat-sifat orang yang dibenci Allah!"
Dari kisah di atas ini yang diriwayatkan oleh Ibnu Kutsair, dalam tafsirnya dapatlah sama-sama kita lihat betapa mudahnya kita memahami ciri-ciri pekerti yang disukai oleh Allah S.W.T serta ciri-ciri pekerti yang dibenciNya pula. Dari kisah itu juga dapat kita saksikan betapa tingginya pekerti Rasulullah dalam menghargai tamu baginda serta menubuhkan rasa harga diri dan penghargaan kepada tamu itu dengan mengubahkan namanya sesuai dengan sifat-sifat luhur yang ada pada pemuda tersebur itu.
Islam Is Light
Of Our Life
@!N@ #U$N@
No comments:
Post a Comment